Saturday, 15 November 2014

Jeruk pelam asam boi

Dah macam blog masakan pulak ni.Lebih banyak cerita pasal makanan dari yang lain-lain.
Haahahaha..Nak buat macamana,ila ni orang nya suka makan..suka mencuba sesuatu resepi.
Ada juga resepi yang ila belum pernah cuba membuatnya walaupun resepi tu mudah.
almaklumlah..ila baru berjinak-jinak mesra dengan alam dapur.



Kali ni ila nak tulis resepi jeruk pelam asam boi yang menjadi fenomena di masa ni..
Nak di jadikan cerita semasa ke pasar peladang skudai haritu ternampak pulak pelam muda yang dijual kat kedai buah..terus ckp kat En.Daus nak buat jeruk pelam lah..En.Daus ok jek..so,pegilah beli pelam..mahal jugak..sekilo rm5..ila beli 4 biji harganya rm4.

Balik dari pasar peladang,cepat-cepat masak lauk tengahari(sebab dah pukul 12..lambat balik sebab gi cari lokasi talam skudai dulu..takut sesat esok nak ke kelas).Sambil masak sambil kupas kulit pelam..
huhuhuhu..baru best wat 2 keje dalam 1 masa..baruu ada thrill!!

siap je kupas kulit pelam,potong 2 pelam tu..sikit punyalah susah sebab bijinya keras,,ada serabut plak tu..terpaksa ketuk guna anak lesung batu,,hahahah..masa ni En.Daus nak tolong tapi ila tak bagi..Bukannya apa,takut terkena pisau pulak,,bukan nak manjakan suami,,tapi tengok cara dia pegang pisau pun dah seremm..biasalah bukan org dapur.
sebelum berlakunya kejadian yang tak diingini baik ila wat sendiri...syoh..syohhh...(halau En.Daus ,suh dia tengok tv jek sambil buai muaz...hihihi)

lepas kupas pelam ,buang serabut dan bijinya potong pelam kepada beberapa bahagian(ikut suka lah).Pahtu rendam ngan air kapur sekejap..itu petua MIL ila untuk membuat pelam tu rangup walaupun dah terendam lama dlm air.Lebih kurang dalam 15 minit rendam dah boleh cuci bersih dan toskan airnya..biar kering.

Bila dah rasa pelam tu tak basah lagi leh lah masukan kedalam bekas/botol.
bahan-bahan lain..
gula 2 cawan,
cili padi 5 batang(hiris) ,
asam boi 15-20 biji,
limau kasturi 1 biji (potong 2,tak perlu perah jusnya)

leburkan je semua bahan tu kedalam botol/bekas yang berisi pelam tadi..
gaul mesra..simpan dalam peti ais selama 4 jam..
dah boleh dimakan..
fuhhhhh,,memang sedap sangat..ila ngan En.Daus leh siap makan ngan nasi putih lagi..
hihihhi..Tambah pulak En.Daus memang suka makan asam..
Rasa syok jek tengok dia makan hasil tangan kita..
lepas ni kalau musim pelam memang dah tau lah nak buat apa dengan  pelam tu..
buat jeruk lah..hihihihi...

No comments:

Post a Comment