Friday, 7 November 2014

Donut


Rancang nak buat donat ni dh lama.Tapi penyakit M melanda.Ini pun sebab member satu sekolah dulu nak mintak wat tutorial resepi donut ni..Gigih bangun Pagi2 nak menguli tepung.


Meh tengok resepi;

Bahan A:
330 gm tpg gandum (3 cwn) *
1 1/2 sudu bsr tpg susu *
1 sudu besar bread improver*
1 bj telur (pukul sikit)
1 1/2 sudu besar majerin
1 1/2 sudu besar mayonis

#Ayak bahan bertanda * Dan masuk kan kesemua bahan lain ke dalam satu besen..

Bahan B:
140 ML air suam (3/4 cwn air)
3 sudu besar gula
1 1/2 sudu bsr dry yis..

#Masukan gula dlm air suam..
Gaul bagi larut..
Pahtu letak yis
Tggu kuar buih



Cara2;
Masukan bahan B ke dalam bahan A..sikit2 tau..jgn lebur semua..
Sambil uli tu sambil masukan air sikit2..
Gaul sampai tepung x melekit Kat tangan Dan besen..ila selalu uli macamni sbb takut terlebih cecair Dan doh jd lembek..
Kalau uli2 pahtu dh x melekat tp air belum abis,buang jek air tu..
Tp klu air dh abis pahtu doh masih melekat2 lg..buh tepung sikit2..uli lbh kurang dlm 10-15 mnt.

doh dah cantik diuli pahtu perap doh selama 40 mnt ke 1 Jam( bg naik 2 Kali ganda)
Tutup adunan guna plastik wrap ke atau tuala bersih..

Bila adunan dah naik..tumbuk2 doh tu bg angin nya keluar..
uli lg dlm 10 mnt..
Pahtu rehatkan kejap
Dah Boleh bentukkan..

Memula amik sejemput..bulat2 kan
Penyek2 skit..buat bentuk tayar..
Letak atas dulang..
Rehatkan lgi dlm 10 minit..
Bg dia naik lg
Pahtu dh boleh goreng..

Api kecik jek..Jangan balik2 kan donut dgn kerap..nnti serap minyak..

Nak wat sambal nya;( utk 10-15 bj donut)

10 sudu lada kering yg diblend*
Separuh bwg besar*
3 ulas bwg putih*
Segenggam bwg putih*
SOS tomato 3 sudu
Garam

Panaskan myk
Masukan  Bahan*
Agak2 dh pecah minyak letak SOS tomato dan Garam..siap.

Sebelum sira ngan donut tu buang lebihan minyak yg Kat sambal tu..
Dh boleh sira..siap sira jek trus angkat..jgn bior dlm kuali..nnti melekat..

ila buat donut 2 version..satu sira ngan sambal,satu lagi sira gula icing n letak blueberry filling Kat tgh2 lobang tu.

Sedap sangat donut ni..sampai ke malam pun donut ni masih lembut..





No comments:

Post a Comment