Assalamualaikum w.b.t
Pertama sekali terima kasih pada yang sudi baca blog saya ni.
Minat untuk berblogging ni timbul disebabkan saya seorang yang suka makan.
oleh sebab dah suka makan , makanya saya suka masak dan
suka belek-belek resepi masakan yang saya nak try.
Ila suka tengok blog kak ana - Cahaya cintaku
blog kak ita - Masam manis
blog kak azie - Azie kitchen
blog mat gebu - Dapur tanpa sempadan
blog Fiza's cooking
dan ramai lagi...
Ila percaya yang diorang ni semua memang pakar memasak.
dari segi deko dan masakanya memang meletops.
sampai ada yang di panggil untuk buat fotoshoot dengan majalah masakan
memang dah sama taraf dengan chef hotel tu
bagi ila,
saya berblogging kerana sebagai rujukan saya di masa akan datang.
segala resepi yang saya cuba,jadi ke tidak masakan tu...hehehe
saya akan tulis resepinya di sini...
dah tak payah tulis bagai buku lagi..
dan saya bukanlah seorang yang pandai memasak.
masih banyak yang perlu di pelajari.
bagi yang baru nak mula memasak tu
bolehlah singgah ke Apronkuhijau ni..
sebab...
resepi yang saya cuba ni semua senang-senang aja...
Juga sambil-sambil kita mencuba memuaskan nafsu makan,
jangan lupa untuk saling beramal ibadah pada yang Esa.
Wallahualam...
Selamat berblogging..... |
No comments:
Post a Comment