Monday, 27 October 2014

Kek hari jadi

Bismillahirrahmannirrahim...

Snow cheese cake.
First time Cuba buat kek secantik ni..
buat khas sempena ulang tahun anakanda kesayangan Kami iaitu
Muhammad Muaz bin Mohd Firdaus
yang jatuh pada tanggal 20/10/2014


Memang mencabar Sgt nak buat kek ni..
Yelah,bg new beginner macam saya ni
Banyak step yang x pernah dibuat sebelum ni..demi Muaz ibu gigihkan juga hati nak buat kek ni.

Antara bab yang susah bila nak melapah kek tu untuk jadikan beliau terbahagi kepada 2 bahagian.Fuhhhh..berpeluh2 ketiak akak ni .
Takut belahan jadi senget ke atau tak sama rata.
Mulut ni kumat kamit selawat atas Nabi sepanjang buat kek ni...
Alhamdullilah,niat yang baik Allah kabulkan..aamiin..

Saya ikut resepi dari azie kitchen.
memang kejadian kek ni sgt cantik dan sangat gebu gebas..sangat berhajat utk buat kek ni lagi..dan lagi..

Tengok muka En.daus pun tau yang dia rasa bangga dgn kek yg saya buat ni..Huhu
bukan x pernah buat kek sblm ni..cuma kek ni yg plg indah kejadianya...Hahhaha


saya akan kongsi resepi dan cara buat step by step di entry yang akan datang ye..insyallah.
manalah tau kot2 ada adik2 yg nak blajar buat kek ni..mana yg saya tau akan saya kongsikan..

untuk anakanda kesayangan ibu,
Muaz,ibu  sayang sangat kat muaz,
semoga muaz dipanjangkan umur,
diberi kesihatan yang baik,
dan sentiasa di bawah lindungan Allah
semoga muaz jadi anak yang soleh
muaz harapan ibu dan ayah.
ibu SAYANG sangat kat Muaz..
muah..muah..muah..
Baru lahir ayah dah snap gambo...hihihi

alololo...comeynya dia
syeksii anak ibu...

my lovely muaz..



Sunday, 26 October 2014

Selamat datang ke blog apronku hijau

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali terima kasih pada yang sudi baca blog saya ni.
Minat untuk berblogging ni timbul disebabkan saya seorang yang suka makan.
oleh sebab dah suka makan , makanya saya suka masak dan
suka belek-belek resepi masakan yang saya nak try.

Ila suka tengok blog kak ana - Cahaya cintaku
blog kak ita - Masam manis
blog kak azie - Azie kitchen
blog mat gebu - Dapur tanpa sempadan
blog Fiza's cooking
dan ramai lagi...

Ila percaya yang diorang ni semua memang pakar memasak.
dari segi deko dan masakanya memang meletops.
sampai ada yang di panggil untuk buat fotoshoot dengan majalah masakan
memang dah sama taraf dengan chef hotel tu

bagi ila,
saya berblogging kerana sebagai rujukan saya di masa akan datang.
segala resepi yang saya cuba,jadi ke tidak masakan tu...hehehe
saya akan tulis resepinya di sini...
dah tak payah tulis bagai buku lagi..

dan saya bukanlah seorang yang pandai memasak.
masih banyak yang perlu di pelajari.
bagi yang baru nak mula memasak tu
bolehlah singgah ke Apronkuhijau ni..
sebab...
resepi yang saya cuba ni semua senang-senang aja...

Juga sambil-sambil kita mencuba memuaskan nafsu makan,
jangan lupa untuk saling beramal ibadah pada yang Esa.
Wallahualam...

Selamat berblogging.....